Cuti Semester

Assalamualaikum, Salam Ukhuwah, Salam 1 Malaysia dan salam apa-apa je lagi....hehe

Sekarang ni musim cuti student U, of course la saya akan bertapa di rumah aka kampung tercinta. Rutin hidup bukan lagi, kuliah, katil, kafe or whatever 'K' lagi. Online?haha... Orang kata macam chipsmore la jawabnya, kejap ada kejap tak de.

Actually banyak benda yang nak buat time cuti ni, ada yang dah terlaksana, ada yang belum terlaksana lagi. Bunyi macam rancangan juta-juta pulak. Sekadar merancang untuk men-top up apa yang kurang sahaja.

Haritu, azam nak belajar masak. Apa jadi dengan azam yang tak pernah luput dek masa, tak pernah lekang dek hujan ni? I'm not the best cook. "BEST" tu memang tak la kan, nak guna perkataan "GOOD" pun tak layak, punya la sedih. Tak pe, skill tu dia datang bila tiba masanya, maybe bakatku ini belum menyerlah.haha...

Haritu mak saya demam, so, saya la yang kena masak. Lauk yang boleh saya buat just ikan sardin, telur goreng, ayam goreng, ikan goreng dan sayur air. Tu pun, ayam dengan ikan tu mak saya dah letak kunyit siap-siap, kalau tak, say 'bye bye' to them la. Kesian kat ayah dan adik-adik, nak buat macamana, dah saya terer buat benda tu je..haha


Cukup cerita pasal kehebatan saya memasak. Nanti ramai pulak nak hire jadi chef.haha

Sesiapa yang sedang bercuti, cuba la manfaatkan sepenuhnya ye (^___^)

Banyak benda yang nak dikongsi sebenarnya, tapi cukuplah sekadar yang ni ye, perut bergendang membataskan taipan jari jemariku.. erkkk....??

Sebelum saya letak noktah yang terakhir, cuba hayati dan renung benda kat bawah ni. (Tak tau frasa yang sesuai nak guna)


  • Orang yang berfikiran besar banyak memperkatakan tentang  ilmu.
  • Orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan tentang peristiwa.
  • Orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan tentang manusia.
  • Orang yang berfikiran cetek banyak memperkatakan tentang diri mereka.

Di manakah kita? Sangat terasa, kalau nak bandingkan dengan ilmuan zaman kegemilangan Islam dulu, terasa diri sangat kerdil sekerdil-kerdilnya. 


Oh ILMU.... 
Semakin dikejar, semakin nampak ia menggunung dan menjauh...
Diriku hanya mampu mengutip pasir-pasir dan debu-bedu mu sahaja...
Betapa luas dan banyaknya sesuatu yang bernama ILMU...
Allah jua yang Maha Mengetahui...

p/s:
Memasak pun satu ilmu yang tak ternilai. Hasil ilmu yang kita peroleh ini akan jadi darah daging insan yang makan apa yang kita masak. Betapa besarnya pahala meereka yang memasak dengan ikhlas....

Comments

jaakechik said…
jaa pun suka masak. even selalu makan diluar tapi kalau ada masa jaa masak jugak...hihihi...
dariilhamkehati said…
hehehe ~ CP nih malas memasak , hehehe ~ tapi mak tak jemu memaksa , berkat dipaksa , CP bole la masak tapi maseh lagik pemalas tak macam adek perempuan CP , cakap je nak masak ape , semua dye bole ...
dariilhamkehati said…
p/s :

hahaha , ngatkan tirah garang sangat , tuh yang dorang panggil trex , hehehe ~
Cikrosecute said…
rajin masak kikiki
adibahfaizah said…
Cuti sem yang kejap je ni, hnya mmpu blajr msak jela, kan. hehe. nak g cri kerja mcm tak smpat jer..
MyFreeMinded said…
Aduh bagusnya anak ini, masa saya belajar dedulu, time cuti sem mesti buat part time, hehe rajin tul cari duit dan pengalaman tapi malas tul belajar memasak masa tu.. :) selamat bercuti..
TiranaAduka said…
salam trah
Wah pandai bhasa jawa juga erk..?
Terima kasih sudi lapangkan masa di tempat ta.
fadh leyanie said…
belajar memasak menyeronokkan:D
Abam Kie said…
salam. sy belajar memasak dgn arwah ibu semasa tunggu result spm. kalau setakat tomyam tu InsyaAllah buleh la jamu kat murid2 sy tu..
Chic Na said…
tengah bercuti ke skarang trah? syok laaaa..
Dingdang said…
okey la tu kan... sekurang-kurangnya Trah masak jugak :)
Aida dulu pun tak reti masak.. lepas habis study baru berjinak2 dengan dapur.. Alhamdulillah sekarang dah banyak masakan aida reti masak. Tapi tetap failed nak dibandingkan dengan mak2. hehe. Kadang2 kan kalau kita masak dengan hati yg ikhlas penuh kasih makanan tak sedap tu org lain kata sedap siap bertambah2 lagi. haha. Betul2 bila cuti kena manfaatkan betul2. Ilmu nie seluas lautan didunia, kita tahu yang nie bila jumpa org lain org lain tu lagi luas ilmu dia. Apa2 pun jangan jemu menuntut ilmu.. Aida tahap rendah je kot pemikiran. hiks.
Tinta Lana said…
Assalammualaikum.

Aah trah..lana tukar rupa blog lagi..giler menukar, camnilah jadinye,hahahaha

Homakkk, terasa bila baca 'benda' tu trah.
Lana pun tak sure lana kat part mana..

Urm..skrg ni pesta buku kat pwtc.. terkeluar topik plak,hak3. Tapi, benda baik, kongsi le kan,heh3. Trah tak pi ke? boleh tambah ilmu..sale kaw2, heh3.

Yaya Mohd said…
makanan yg kurng menyelerakan pon leh jadi sedap
kalau kita masak dengan hati yg ikhlas dan dgn rase cinta..ewahhh..
hehe tp btol tau..cer tgok ni, lau msak xikhls,,hasil nyer pon
mcm ape nth..tkurang itu,tkurang ini,rase pon hampeh..tp lau msak dgn ikhls,
yg kurang pon rase sedap je......=D
Mrs Velentine said…
xpe lepas ni rajin2 masak nnt lama2 pandailah
hazwan hairy said…
hahah nk gelak plak..plan2 ok...
NAL said…
masak memang best..tak kisah lelaki ke perempuan..yang penting ia adalah untuk diri sendiri..
lepakk.com said…
Rajin memasak is better then pandai memasak tapi malas
Miss Zahirah said…
hahaha... suka gmbar tu...
blaja masak dri skrg nk kawen nnt senang.. hihihi
~nuraini~ said…
cik athirah..jom bljar masak.. =)
Mimie said…
takpe dik lama lama awk pndai la msk...
done follow :)
Mrs Velentine said…
salam trah zain..akak dtg jenguk sini
Unknown said…
hehe tu la nk smpai tahap good pn xtercapai agknye.. hemm besnye ade mak tlg mskkan rinduu dgn masakan mak :( hehe ooo cuti ye, ptut la jenjalan hehe :D
jaakechik said…
psst2x : header baru kah? ke mata jaa dah kurang ingatan?
boni kacak said…
kalau macam tu saya pun nak belajar memasak lah..hehehe
Unknown said…
Macam am belajar masak time first year Universiti dulu. Waktu tu tanak nasi tak reti, potong bawang pun slow gila, nak potong ayam pun rasa geli-geli haha.
EkaTikah said…
kene belajar masak nie.. hihihi
faie mohamad said…
bab masak2 ni kita mmg serupa.. just tahu bnda basic je... huhu.. btw suka baca ttg perkongsian ilmu tuh :)
Unknown said…
asalkan pandai masak kan drpd xreti apa2 ? hihi
jom join : http://shiydaaqma.blogspot.com/2013/02/hijabster-giveaway-by-shidaizy-boutique.html
Athirah said…
setakat ni xde yg betul2 memaksa lagi CP.haha
Athirah said…
erk... garang?? "tak kot"..krek krek,,haha
Deanna Jaafar said…
betul tu, kalau kita selalu kejar ilmu makin terasa yang banyak lagi benda yang kita tak tau..nice sharing
Kisah Saya & Shaklee
jeri said…
target cuti ni, nak belajar masak apa? hehe
Unknown said…
jom laa masak biskut pulak :p
Unknown said…
Wilma pun sama...
Still dalam proses belajar masak lagi nie ^_^
dariilhamkehati said…
tuh la , hahahaha ! mak kalaw anak dye balek , tiba2 tgn keras , hahahaha ! siap pesan lagik , kalaw mak masak , jangan kamu gatai nak makan , hahahaha ! tapi lepas tuh , dye panggil makan jugak kan ... mak mana tak sayang anak , hahahaha !
dariilhamkehati said…
hahahaha , ape krek2 tuh ? bunyi t-rex ek ? hehehehe ~