Bukit Batu Putih, Port Dickson

Salam Ramadhan!

Before Ramadhan haritu, kitorang pergi mendaki Bukit Batu Putih, Port Dickson.
Seronok dan sesuai untuk aktiviti santai-santai bersama keluarga dan rakan-rakan.
Kitorang gerak dari Bangsar lebih kurang pukul 7.30am. Sampai Port Dickson lebih kurang 9.00am.

Sedikit info tentang Bukit Batu Putih, Port Dickson;

Ketinggian: 365m
Trail Level: Easy 
Estimated time (Up and down) : 35 minutes. 

Estimated time tu 35 minutes turun naik kalau tak spend masa lama-lama kat atas. Kalau jenis hikers yang nak training je, boleh la naik turun 4 atau 5 kali. Kalau yang jenis suka menikmati pemandangan, boleh la tinjau-tinjau sudut-sudut yang menarik kat atas tu.
Bila dah sampai peak dia, boleh lagi pergi belah kiri, pastu pergi ke dalam lagi, nanti akan jumpa laut. Haritu kitorang pergi sampai 2 tempat, serius cantik! Trail pun senang. Boleh la cuba ye :)

Yang ni gambar masa dekat first stop, peak;




Kat atas ni, bila hujung minggu atau cuti, memang ramai sangat-sangat. 


Yang bawah ni gambar dekat first stop yang kitorang turun dari belah kiri peak. 
Turun dari belah kiri peak tu, jalan terus je. 
Ikut je jalan tu walaupun sempit sikit, kat hujung tu akan nampak area ni. 


Ada boat lalu, lawa <3 


Yang bawah ni pulak, third stop. 
Kalau nak sampai sini, sebelum sampai dekat second stop tu, ada jalan kecil kekanan. 
Ambik jalan tu, lepastu turun je ke bawah, jumpa la tempat ni. 
Rasanya kalau petang sangat, air pasang kat sini, tak kan nampak batu-batu tu. 
Jadi, pergi la pagi atau sebelum petang ye. 
Utamakan keselamatan anda. 






Dah turun panas-panas tu, boleh la beli aiskrim ni, sedap. 
Coconut iceream. RM4. 


Cari benda tersembunyi.haha


Monyet. XD 

Okay bye byeee... 
Selamat berpuasa! 
Hidup hikers!!!
Hahahhhaa



Comments