Assalamualaikum dan Salam 10 Terakhir Ramadhan (^___^)
"Bila sesuatu benda membawa kemudaratan, maka hendaklah dihentikan"
Sekarang ni banyak isu timbul kan? Isu kemerdekaan la yang paling hot. Haish, semua nak dipolitikkan, suka hati la, asal bahagia wahai insan-insan berilmu n___n
Tapi saya bukan nak kupas isu ni, tapi isu satu lagi tu, pasal pengharaman majalah Mangga. Siapa setuju sila senyum? hehe.. sape yang setuju tu, tahniah, anda memang concern pasal effects yang dibawa majalah ni kan? Kemudaratan maybe, try pikir n__n
Ke ada yang tak kenal majalah Magga? Alah, kalau tak kenal, sila la google, tak nak la letak majalah tu kat blog ni, ini blog bersih ok. Err.. bukan maksud saya Mangga tu kotor, tapi bersih daripada menunjukkan aib saudara seagama saya, dengan kata lain, tak mau la tunjuk aurat orang ni, berdosa der. Ni serius talk ni ye dosa tetap dosa.
Okey, saya dengar kupasan daripada Dr. Fauziah Mohd Noor, lecturer UIA. Apa yang beliau cakap pasal isu ni? Kenapa diharamkan? Okey, ni antara yang saya sempat dengar:
- Mendedahkan Aurat:
Err.. majalah lain tak dedah aurat ke? Dedah, tapi try la korang bandingkan antara Mangga dengan majalah lain, saya tak berani nak judge.. - Gosip:
Menurut beliau, Islam menganjurkan kita menyebarkan berita yang betul dan berasas, kalau duk cerita benda yang tak sahih dan tak betul, apa istilah yang kita patut guna? Cer fikir. Dan apa hukum dia? - Pergaulan bebas:
Hmm.. yang ni comman kat industri seni kita, bertepuk tampar dengan kaum tak sejenis, bergaul tanpa menjaga batas dan etc. la - Content:
Content dia pulak, macam-macam ada..haha.. tipu je, benda-benda yang dinyatakan di atas la. Part poster yang tak tahan tu.
Ok, tu kot main points Dr. tadi.
Pengharaman ni difatwakan oleh Majlis Mufti Negeri Kedah. So, maknanya, ni Kedah memang diharamkan la. Kalau di fatwakan juga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, majalah ni memang 100% diharamkan di negara kita.
Majalah ni sebenarnya medium yang baik untuk menyebarkan ilmu. Tapi bila ia menyebarkan benda-benda lain how? Plus, anak-anak muda suka baca benda-benda camni. Nak menyebarkan sesuatu yang berguna, bukan susah pun. Tak perlu tulis seskema saya, eh bukan, tak perlu la strict dan memboringkan sangat. Orang seni, tak kan la tak tau mengsenikan penyabaran ilmu ni.
Bukan nak hentam, tapi just berkongsi pandangan, berbincang. Imagine kalau majalah tu bertukar wajah, confirm kembali menapak kat pasaran dan diterima semua. Mencetak majalah bukan semata-mata kerana ingin mencetak wang ringgit, banyak lagi yang boleh kita dapat daripada senaskhah, eh, sebuah majalah.. (penjodoh bilangan untuk majalah apa ea?)
Apa pun, bila buat sesuatu benda, terutama yang berkaitan dengan masyarakat ni, pikir la sepuluh dua puluh kali.
Sebelum saya lupa, Dr tu pun ada cakap, Mangga ni dah macam majalah western, orang western pun tak macam tu. Ye ke? See, judge, think, prove. Ikut flow ea n__n Then kasi la pandangan masing-masing.
p/s:
sebenarnya saya ingat majalah ni dah tak de, sebab dekat 10 tahun tak nampak majalah ni.
Sape nak derma di bulan Ramadhan ni, klik sini, trimas n__n: <<<Churp Churp>>>
Comments
ea?haha.. thx ekyn (^___^)
byk gambar seksi2.. nampak sgt jual artis jer.. bukan jual berita info
baik beli majalah buah mangga.. heheh
tak minat majalah mangga.
Kekadang artis dlm tu tah sesape tah , bukanyya femes. harap gmbr seksi ajer la.
bosan dulu time sekolah
bebudak tergedik-gedik beli majalah ni
ntah apa yang seronok sangat pun x tahu la
ambil gambar ghairah di kolam bagai
pastu bagi statement "VVIP dan dato selalu ekori i"
ceh
nk popular, mcm2 bnda sggup buat
betul2, sezaman rupanya kikta ni ^^
Boleh dimakan...
majalah nih pun bukan ada manfaat
kan?
:-)
Suka baca komik dia.
Majalah ni cover ke'haram'an dia dengan bagi dalil al quran dan hadis.
Macam main mainkan agama plak.
betul2, dunia di hujung jari ^^